Tempat Makan Popular di Kuantan : Mustafa Cendol


Assalamualaikum.

Kuantan kini menjadi salah satu bandar yang mengalami  pembangunan yang semakin pesat. Selain itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di kunjungi menjadikan Kuantan semakin popular dan destinasi wajib singgah di bahagian Pantai Timur. Banyak cafe, kedai dan restoran di buka ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tinggal nak pilih yang mana berkenan jer. 




Ok kali ni sis nak share satu tempat makan yang popular di Kuantan iaitu Mustafa Cendol. Popular sampai masuk dalam rancangan JJCM TV3 tau. So bila dah popular mestilah ramai dengan orang kan. Sedap ke tidak jom ikut sis kita terjah menu-menu yang ada di sini. 




Menu 1: Cendol 

Dah nama pun Mustafa Cendol jadi menu wajib cuba mestilah cendol kan. Terdapat hampir 13 jenis cendol tau dekat sini. Antaranya ialah cendol biasa, cendol aiskrim, cendol campur, cendol ABC, cendol ABC aiskrim, cendol pulut dan cendol ABC pulut aiskrim. Bagi pendapat sis, sis suka je dengan cendol dekat sini sebab cendolnya tak terlalu manis. Kena sangat dengan selera sis. Bila makan tengah-tengah panas dia jadi smooth je masuk ke dalam tekak ni. Ada sesetengah tempat cendol dia punyalah manis sampai perit tekak di buatnya. Cuma cendol aiskrim tu tak berapa nak kena kombinasi dia bila dia guna aiskrim coklat instead of aiskrim vanila. 




Menu 2: Rojak 

Merupakan pasangan paling ideal untuk di makan bersama cendol. Tak sah kalau makan cendol kalau tak makan rojak. Antara rojak yang ada dekat sini ialah rojak biasa, rojak mee, rojak ayam dan rojak mee ayam. Habis licin sepinggan rojak yang sis makan sebab sis suka kuah dia yang tak berapa nak pedas dan teksturnya yang agak ringan. Tapi untuk kata rojak di sini yang terbaik masih belum boleh lagi sebab ada rojak yang lagi sedap sis pernah makan.





Menu 3: Mee Goreng

They claimed that they have the best fried mee in the town!! Tapi sayangnya mee goreng yang di goreng tidak seperti itu. Rasanya sangat biasa which is kita boleh dapat mee goreng macam tu di tempat lain. Sorry Mr Mustafa!!




Total untuk semua menu di atas untuk 8 orang hanya RM53.20 which is sorang jatuh dalam +-RM6.50 je. Berbaloi sangat. Yang penting perut kenyang Alhamdulillah. 



Jadi kalau korang berada  atau plan nak ke Kuantan, jangan lupa singgah di Mustafa Cendol tau. Mana tau kena dengan selera korang kan. Tak susah nak cari sebab lokasinya terletak di tepi jalan besar menuju ke Teluk Cempedak. Nak mudah refer peta bawah ni.
 
Sumber SINI




Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

51 comments:

  1. mak aihh.. mleleh kuah rojakk.. nyummy !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun habis kena hirup Ju. Lapar punya pasal. selamat tak pedas. hehe =)

      Delete
  2. Kalau singgah kuantan boleh singgaj makan cendol

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah lah CCL. femes amos di Kuantan ni. hehe. mana tau kena dengan selera CCL kan ;D

      Delete
  3. tak menahan tgok cendol tu, scroll laju2..dah puasa ni hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. godaan semua ni. selamat berpuasa Zie :D

      Delete
  4. Panas-panas ini memang bestlah kalau dapat makan cendol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sha. Ana makan masa tgh2 panas licin satu mangkuk. penuh perut dengan cendol dan kuah rojak. hehe :)

      Delete
  5. Elsa tak makan cendol kak hahaha. Tapi nampak aiskrim bestnyaa huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana kalau makan cendol hirup air dia je. cendol dia kak ana tak makan 😂😂

      Delete
  6. Biasa je makanan kat sini kak. Rumah tok saya masuk dekat simpang restoran ni la. Haha jalan depan sikit sampai la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendol (except cendol aiskrim) dan rojak tu ok la Syed. not bad at all. masuk dengan selera akak. tempat pun selesa. tu yg penting. :)

      Delete
  7. Huargh sedapnya..!! Rojak tu paling tempting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak macam kena cari rojak pula lak lepas ni ye Anis. hehe. not bad lah rojak dia buat still not the best one :)

      Delete
  8. Ya Allah kak. Whyyy? ABC tu sangat-sangatlah menggiurkan. Hahaha
    Tapi, betullah biasanya orang akan guna aiskrim vanilla, ni sebab nak buat kelainan atau aiskrim vanilla habis? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum waktu panas2 memang sedap ana. boleh sampai 2 mangkuk kot. hehe.

      tak sure pasal aiskrim tu tapi memang tak kena langsung aiskrim coklat dengan cendol. selamat bukan kak ana yg order. hehe

      Delete
  9. Tak tak tak pekat kuah rojak tu buat Ira rasa nak cari rojak sekarang jugakkkk. Telan airliur japp >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana rojak sedap dekat KT ira? share lah ngan kak ana nanti boleh lah kak ana terjah kalau blk sana lgi :)

      Delete
  10. Sedappnya kalau dapat cendol masa cuaca tengah panas tegak 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Husniey. Boleh makan 2 mangkuk terus rasanya. :D

      Delete
  11. ya allah!! sis punya meleleh depan komputer tak tertahan tengok cendol dan rojak diaa...betul sis ais krim coklat tak ngam dengan cendol macam tak umpphh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa lap yg meleleh tu dear. Hehe. 😅

      Kan. Patutnya aiskrim vanila ke kan. Baru boleh feel makan cendol tu 😊

      Delete
  12. Ana!! Tengah mengantuk dan lapar ni, nampak sedapnya la hai cendol. Siqah nak tanya kakak siqah dia tahu tak cendol ni. Sebab dia duduk kuantan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Kuantan mesti tahu punya. Kalau search kat Google tempat makan dekat Kuantan confirm keluar nama Mustafa Cendol ni. =)

      Delete
  13. Perghhh cendol dalam mangkuk besi memang legend. Masa kat Kuala Pilah dulu duk layan cendol stesyen bas, memang femes kat area Pilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan mamak yg pakai besi2 ni Mai. Nak bagi nampak keaslian cendol tu. Kalau food truck tepi jalan ni selalu pakai mangkuk plastik je 😊

      Delete
  14. Seksa tengok cendol tu Kak...perrrhhh tengah panas-panas ni..dapat hirup cendol...fuyoooo..menari2 tekak..nikmat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menari2 tekak tu yg mahal PC. Bukan senang nak bagi dia menari. Kena betul2 cukup rasa semua tu 😘

      Delete
  15. fuhhh...cendol tu mmg nampak sedap sampai terasa sejuk jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas2 makan cendol sejuk memang ngam kak. Nikmat dia tak terkata. Hehe 😅

      Delete
  16. Kak Sue memang peminat cendol.. sedapnyaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dgn ana. Makan waktu panas memang sedap kak =)

      Delete
  17. huuu sedapnya... lebih lebih lagi pekena aiskrim kat atas cendoll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiskrim vanila for sure. Memang sedap. Lepas tu rasa santan dan gula balance pula boleh bertambah mangkuk cendol tu =D

      Delete
  18. Aiskrim vanilla habis kot, huhu, tapi memang best la makan cendol lebih-lebih lagi kalau cuaca panas, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe lah tapi tak sedap bila makan cendol dgn aiskrim coklat lah MatJo. Selamat bukan sis punya. Hehe =D

      Delete
  19. Kalau rojak, sy suka minta telur rebus lebih 😂 Sodap 😍 Dapat rojak daging & cendol, tak pandang makanan lain dah 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rojak dan telur rebus memang ngam. Tp kak ana tak pernah jumpa lagi rojak daging. Dekat mana boleh dapat?

      Delete
    2. Ermmm, maksud sy rojak mee daging 😂 Tapi kami panggil rojak daging. Macam tu juga dengan rojak ayam. Hilang perkataan 'mee' tu

      Delete
  20. Semua orang pun suka cendol Ayu...sedapnya. Hakak selalu ambik cendol dgn kacang merah. Anak anak pulak suka ngan pulut. Tapi kalau dgn durian dan aiskrim mmg bonuslah hihi...

    Betul tu dgn Aiskrim coklat mcm tak sesuai ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye Ana....salah sebut nama tu

      Delete
    2. Kalau dpt cendol durian kak memang seronok sgt tu. Lagi2 durian yg isi dia lembut dab tebal. Boleh bertambah2 mangkuk cendol tu. Hehe. Dekat sini tak jumpa lagi durian cendol. Lagipun bukan musim durian lagi kan. 😀

      Delete
  21. Replies
    1. Boleh try nanti uyul. Ada lagi satu lokasi utk makan malam kak ana belum share lagi.👌

      Delete
  22. Aaha! satu yang Mrs. A noticed mangkuk cendol tu sama dengan cendol retro dan cendol sharif kat Seremban, agaknya itu memang mangkuk standard untuk cendol.

    Banyak ya jenis cendolnya oklah harga macam tu.

    Betul tu cendol lawannya rojak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjual cendol yg asli akan guna mangkuk besi tu Mrs A. Baru terasa sejuk ais batu tu kena dgn mangkuk besi tu.

      Kan Mrs A. Cendol lawan dia mesti rojak. 😘

      Delete
  23. Cendol best kt kuantan kt jln beserah jual tepi jln jer... dpn ten ten... yyyummyyyy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke. Yg ni FIL yg suggest. Next time boleh lah cuba di Jalan Beserah tu pula. Thanks for the info dear 😘

      Delete
  24. jm belum berkesempatan sampai ke sana

    ReplyDelete
  25. Dulu2 rajin jugak singgah kedai ni.. lama dah tak kesana.. nampak ais cendol dia makin menarik..

    ReplyDelete
  26. huwaaa......jahatnye rupa cendol niiii

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤