Bercuti di Port Dickson : Grand Lexis Hotel

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sempena ulang tahun sis yang ke-22 (perasannya) Ahad lepas, kami sekeluarga ke Port Dickson untuk weekend outing. Memandangkan dah kerap sangat kami ke sini,  so trip kali ni kami fokus untuk stay dekat hotel je. Rehat-rehatkan badan orang kata. 


Hotel pertama yang sis check in ialah Grand Lexis. Harga bilik untuk  Grand Pool Villa tanpa sarapan ialah Rm750. Beli time Matta Fair yang lepas. Rasanya murah Rm50 je dari website. Kalau pergi time cuti sekolah tiada surcharge dikenakan, tapi kalau pergi time public holiday pada cuti sekolah surcharge sebanyak Rm100 semalam dikenakan. Sarapan pula satu kepala Rm40++. Sis tak amik pun sarapan sebab dah bawa makanan awal-awal. 


Waktu check in dekat sini agak lambat iaitu pukul 4. Tapi kalau ada kekosongan,  seawal pukul 2 dah boleh dapat bilik. Proses check in semuanya cepat. Dalam 10 minit dah selesai semua.



Untuk ke bilik hotel,  perkhidmatan buggy disediakan. Kita boleh request untuk amik semua beg dan barang dari tempat parkir lagi. Memandangkan beg sis tak banyak,  so sis amik buggy di depan pintu lobi je. 


Bilik sis di tingkat atas. So kena naik tangga sikit. Satu tangga di kongsi dengan 2 bilik je. 


Masuk-masuk je dalam bilik sis dah teruja. Sangat besar untuk kami bertiga. Mana taknya,  katil queen size ada 2 unit. Lepas tu bilik bukan main luas. Boleh muat 8-10 orang provided bawa extra toto. 








Bahagian bilik air pun sama.  Sama besar macam bilik rumah sis jer. Hehe. Bau pun wangi je. Yang penting bersih. Dalam almari ada disediakan towel 4 helai,  bathrobe 2 helai,  selipar 2 pasang, set toiletries, iron dan juga iron board. 






Bilik untuk Grand Pool Villa ni ada private pool. So tak perlu berkongsi dengan orang lain. Cuma tak berapa nak private sebab pool dia open dan berhadapan dengan Lexis hotel. 







Aktiviti petang tu berendam sampai kecut semua kulit.  Si kecik lah paling suka. Siap cakap "bestnya bilik hotel ni onda". Huhu. Esok bangun pagi-pagi pun terus terjun dalam pool sampai waktu check out. 








Malam tu tak ke mana pun sebab dah beli makanan awal-awal. Cuma buat cincai besday celebration.




Esoknya sebelum check out,  jalan-jalan dekat bawah amik gambar kenang-kenangan. Tak tahu bila nak datang lagi ke sini kan. Hehe.







Overall sis memang puas hati stay dekat Grand Lexis ni. Memang padanlah dengan harga dia kan. Korang kalau ada family yang besar boleh lah try stay dekat sini. Kalau 10 orang baru Rm75 seorang kan. InsyaAllah puas hati. 






Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

41 comments:

  1. adik kita plan nak ke sini gak..tq for sharing the info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No thanks Hernee. Sharing is caring. Boleh buat family gathering sekali. :)

      Delete
  2. Bestnye... dapat mandi kolam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala tuan. Kalau selalu boleh haus fulus. Hehe

      Delete
  3. Bestnya mandi kolam sampai kecut kulit 😂

    Mesti berat hati Ana nak check out kan. Bilik pun cantik dan dilengkapi pelbagai facilities.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandi kolam memang best. Lepas tu tgk dekat cermin ada kesan sunburn. Tu yang tak best. Hehe 😅

      Delete
  4. Bestnyaaaa! Mandi sampai kecut kulit dan paling best private! Tak perlu kongsi dengan orang lain. Hehe.

    Siqah plan juga ke sini nanti. Cuma itulah tak tahu bila memandangkan harganya yang agak mahal. Hee. Tapi berbaloi kan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang private unit jugak Siqah. Harga lebih murah dari beli di website. Cuma design dalam bilik tu Ana tak sure lah macam mana. Rasanya sama je. Tapi yang pasti kalah kita amik private unit,perkhidmatan buggy kita tak boleh guna.

      Delete
  5. bestkan dapat bercuti, tambah2 dapat bercuti tempat yang kasi kita betul2 rehat minda. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Asal nama bercuti je mesti best. Tak kisah lah dekat atau jauh kan. 😀

      Delete
  6. Macam seronok je datang spent time dengan family kat sini. Ahhhh tapi nak kena cari cuti panjang tu yang payah 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sis pun kalau nak bercuti kena tengok cuti suami. Tapi sis akan cari hari yang bukan cuti panjang sebab confirm hotel fully booked dan sesak. Kalau tak, takde feel bercuti. Hehe. 😅

      Delete
  7. cantiknya bilik dia kat sini :) teringin pulak nak pergi hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah cuba nanti. Tong tong dengan kawan atau family. Confirm seronok. Hehe.

      Delete
  8. Rindunya nak pergi sini!!!! Dulu pergi sini untuk celebrate birthday anak buah but abang ambik yang different type, more personal sbb ours lagi tertutup and boleh nampak kolam/hotel yang akak duduk tu.. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg abg awak amik tue Premium Pool Villa. Pool dia tertutup tu dan menghadap bilik yang kak ana duduk ni kan. Kak ana mampu Grand Pool Villa ni je dulu. Hehe

      Delete
  9. Yang seronok tu private swimming pool..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Tapi tak berapa private lah PC sebab berhadapan dengan bilik hotel orang. Kalau bilik yang Premium tu memang betul2 private. 😊

      Delete
  10. Bestnya ada pool dalam bilik, hehehe dari kecik sampai sekarang kalau pergi hotel first yang dicarinya pool lah, heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mai. Selalu kalau nak tempah hotel mesti tengok ada pool ke tak. Mandi atau tak belakang cerita. Hehe.

      Delete
  11. Bestnyaa siap ada private pool. Si kecik tu pandai betul bergaya ye. Dah lama acik duk perati nii. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab ada instructor acik Ana. Kalau tak satu style je dia bergambar. Hehe 😅

      Delete
  12. Bestnya laaa dapat kalau dapat stay kat grand lexis nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best CR. Next time nak try yang private unit tu pulak. Murah sikit. Try lah CR 😀

      Delete
  13. wahhhh sis. sakan bercuti ye. semoga selamat aje ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala dik. Kalau selalu pokai poket. Hehe. Terima kasih atas doanya 👍

      Delete
  14. Salam blogwalking di sini!

    Nampak happy je bercuti kat Grand Lexis kan?
    Dengar cerita Grand Lexis ni antara penginapan terbaik terletak di PD.

    Awesome review! Boleh bawa family datang sini nanti. InsyaAllah. Terima kasih.

    Best Regards,
    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah blog saya.
      Betul tu, Grand Lexis ni antara penginapan terbaik di PD. InsyaAllah mudah-mudahan sampai rezeki saudara sekeluarga ke sini.

      Delete
  15. Thanks for the info. Blogwalking here. Harga suailah dengan yang didapat. But, mesti cari banyak teman kesana nih. Oia, salam kenal

    Regards,
    Iyahyuktravelling.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi iyah. Terima kasih sudi mampir ke sini.

      Ia betul, harga sesuai dengan apa yang dapat. Kalau nak jimat kena share dengan teman-teman. 😀

      Delete
  16. owh mahai jugak. tp standard lah kan blik selesa, services tip top & environment yang menyenangkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg murah juga awak. Tapi private pool takde. Tapi boleh jer mandi di public pool dia. Sama juga. 😀

      Delete
  17. alaaaa bestnyaaa bila kami nak sampai sini lagiiiii.. aduiiiiii syok sangat tengok gambar semua ni...doakan jue tauuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai juga Jue sekeluarga di sini. Enjoy puas2 time tu 😘

      Delete
  18. Bestnya.. bila bayar mahal tapi apa yang kita dapat berbaloi..
    Memang ohsem lah kan ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas hati. Tapi ada je hotel yang kita bayar mahal tapi hampeh. Hehe

      Delete
  19. Ya Allah teringin sangat nak sampai siniiii :D serius!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah satu hari nanti sampai juga awak dekat sini. 😘

      Delete
  20. Replies
    1. Best sangat2. Rasa nak repeat lagi 😍😍

      Delete
  21. Cantiknyaa lah Lexis nii, bila agaknya husni nak sampai 😂🙊

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤