Lunch di Pie Harbour, Sunway Putra Mall

Assalamualaikum.


Boleh di katakan setiap minggu sis dan family akan ke Sunway Putra Mall untuk weekend outing. Memandangkan dah selalu sangat pergi ke sini sampai kan dah takde idea nak makan apa. Kebanyakan kedai makan dekat sini sis dah pernah cuba. 



Jalan punya jalan ternampak pula kedai ni. Lepas tengok menu yang di pamer di hadapan kedai, sis dan suami agree untuk mencuba makanan yang ada di Pie Harbour. Kebetulan takde pelanggan pun masa tu confirm cepat siap makanan kan.



Belek punya belek menu yang ada (padahal 2 keping menu je), sis order BBQ Chicken dan ayam percik with rice. 




Dalam 10 minit semua makanan dan terhidang. Kalau tengok pada presentation nampak macam biasa jer tapi not bad lah rasa dia. Agak sedap dan lembut ayam tu. Mash potato dalam set bbq chicken tu sis suka lagi-lagi bila makan dengan sos bbq. Mash potato tu boleh tukar dengan nasi kalau nak. 



Air pula sis order manggo lassi dan banana lassi. Antara dua ni dah semestinya manggo lassi yang terbaik. Boleh hilangkan muak bila makan nasi. Sekali sedut jer dah habis separuh. Hehe. 



Overall sis agak puas hati dengan makanan yang di sis order. Dengan itu sis nak bagi 3 ha (dari 5 ha)  untuk Pie Harbour. Yeahh.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

33 comments:

  1. Cuba AS try dia punya pie..boleh tahan jgk sedap dia..sy pernah makan dulu..dah lama x jejak kaki kt SPM. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the suggestion. Next time boleh lah cuba pie dia. 😁

      SPM shopping mall plg convenience bg sis. Dekat dan selesa. Tu yg tiap2 minggu pergi 😊

      Delete
  2. Pie dia sedap...tp syg ari tu makan x amik gambar sebab cik abe kita x suka time makan ngan dia amik2 gambar..so x dapat tayang kat blog...huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 2 org kata sedap ni. Mmg kena cubalah nampaknya.

      Pemalu ye cik abe AS? Eksklusif utk tatapan AS je tu. 😘😘

      Delete
  3. Manggo lassi tu menggoda sangat huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg sampai kak ana tergoda. Huhu 😘😘

      Delete
  4. Mengancam betul tengok manggo lassi tu kak! hehehe. Tak pernah lagi syed singgah makan dekat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengancam jgn sampai terancam. Hehe. Nanti kalau jumpa kedai ni bolelah cuba try test ye 👍😊

      Delete
  5. Replies
    1. Sedap. Tu yg sekali sedup tgl separuh 😍😍

      Delete
  6. lapar pulak balik bila ternampak tu makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat2 cari makan. Nanti masuk angin perut tu 😘😘

      Delete
  7. sedapnya tengok ayam diaaaa . lapar pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan Zaf. Yang penting lembut ayam tu. Nanti kalau jumpa kedai PH ni try lah singgah 😍😍

      Delete
  8. Memang menguji kesabaran bila tgk pic makanan nie, tengah-tengah malam pulak nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menguji bila tgh betul2 lapar. Hehe. Kena selongkah lah dapur tgk apa yg ada ye. Hehe 😊

      Delete
  9. Replies
    1. Boleh tahan lah kak. Kenyang juga bila makan. 😊

      Delete
  10. Dulu masa mula2 SPM ni bukak, ada la 2-3 kali makan sini, tu pun makan pie dia je.. Sekarang pergi sana if teringin nak makan Seoul garden or Myeonggong Topokki je.. Nasi ayam percik dia macam menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok typo.. Myeongdong Topokki.. haha

      Delete
    2. Kak ana kena cuba juga pie dia. Dah 3 org sebut pasal pie dekat sini. Hehe. Try lah rasa. Mana tau kena dgn selera awak.

      Kot2 lah terserempak kat sana kan. Boleh say hi hello 😘😘

      Delete
  11. Manggo lassi tu nampak mcm menarik...sedap pekena time cuaca panas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sedap sebab masam manis. Lepas tu kena bilas juga dgn air masak. Hehe 😍😍

      Delete
  12. Replies
    1. Hujung minggu mmg akan makan luar sambil window shopping. Ni pun sebab dekat dgn rumah juga 😍

      Delete
  13. Fuhh merecikkkk tengok makanan tu sis.nyum nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merecik-recik si percik tu. Rupa takde tapi rasa ada tu Mai 😘😘

      Delete
  14. Jauhnya kalo nak menapak ke SPM..hehehe..tp air mango lassi tu memang nampak sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menapak dari mana? Komuter ke dear?

      Mango lassi tu sedap. Sekejapan dah habis 😅

      Delete
  15. besaq ny paha ayamm.. nyum nyum =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang jadi kenderaan berat sila ikut kiri bila dah habis makan. hehe =P

      Delete
  16. kaki makan juga ye ana ni... Liez dah penah sampai sunway mall tapi tak meronda betul-betul.. just pusing gitu-gitu je.. nnt nak repaet ronda balik

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤